29.1 C
Jakarta

Benarkah Semuanya Ada Dalam Tafsir Ar-Razi, Kecuali Tafsir?

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirBenarkah Semuanya Ada Dalam Tafsir Ar-Razi, Kecuali Tafsir?
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Tafsir Ar-Razi lebih dikenal dengan nama ini dalam komunitas akademik di alam Nusantara. Tafsir ini juga dikenal dengan nama At-Tafsir Al-Kabir (التفسير الكبير)  atau dengan nama Mafatihul Ghaib (مفاتيح الغيب).  Tafsir ini dengan segala kelebihannya tidak banyak dirujuk oleh ahli tafsir di alam Nusantara. Pada pandangan penulis, mengejar level keilmuan Fakhruddin Ar-Razi atau berusaha mendekati level keilmuan yang dimiliki beliau termasuk perkara yang sukar.

Oleh itu, merujuk Tafsir Ar-Razi dalam penulisan tafsir bukanlah perkara yang mudah. Melainkan memerlukan kesiapan diri yang matang dengan ilmu dan wawasan yang luas seperti keilmuan dan wasaan Ar-Razi yang sangat luas. Inilah yang menjadi sebab Tafsir Ar-Razi tidak banyak dirujuk oleh ahli tafsir di alam Nusantara. Di dalam Tafsir Ar-Razi anda akan menemukan lautan ilmu yang saling berdialog antara satu sama lain, ilmu kalam. Selain itu ia juga ahlli filsafat, al-Ulum as-Syarqiyah (ilmu sihir dan ilmu nujum), sains tulen seperti kimia, matematika dan kedokteran. Inilah yang menjadikan Tafsir Ar-Razi sukar untuk diikuti oleh sebagian orang.

Melalui Tafsir Ar-Razi, anda dapat menemukan keterkaitan antara ayat-ayat Al-Quran satu sama lain. Selain itu, anda pun dapat mengikut keterkaitan antara surah-surah Al-Quran satu sama lain. Tidak lupa juga tarjih Ar-Razi dalam masalah fiqih, ilmu nahwu dan masalah usul fiqih yang kebanyakannya mengikut mazhab Syafi’i. Yaitu mazhab yang diikuti oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara.

Kelebihan Tafsir Ar-Razi

Menurut penulis, kelebihan utama Tafsir Ar-Razi dapat dilihat daripada kemampuan Ar-Razi sendiri dalam mengaitkan semua bidang keilmuan yang dikuasainya dengan Al-Quran sehingga setiap ilmu nampak telah berkhidmat kepada Al-Quran. Selain itu, Ar-Razi percaya kepada ketinggian hikmah Al-Quran berbandig hikmah filsafat. Keyakinan seperti ini lahir setelah Ar-Razi mencurahkan seluruh perhatiannya kepada Al-Quran setelah melanglang buana di bidang filsafat. Ia seperti pendahulunya, Al-Ghazali (w. 505 H), yang kembali ke pangkuan Al-Quran setelah merasa jenuh dalam pangkuan filsafat. Ar-Razi tidak terlalu suka cara Muktazilah dalam mentafsirkan Al-Quran yang lebih banyak menyentuh aspek bahasa dan estetika Al-Quran (balaghah) seperti Al-Zamakhsyari dalam tafsirnya (W. 538). Menurut Ar-Razi, corak tafsir seperti ini telah menjadi hijab bagi Al-Quran sendiri sehingga pengajaran dan hikmah Al-Quran serta ilmu-ilmu yang terkait rapat dengan Al-Quran ikut terhijab di mata umat Islam.

BACA JUGA  Perintah Agama, Bekerjalah Sesuai Potensi dan Bakatnya

Oleh itu, Ar-Razi sendiri dan tafsirnya banyak mendapat pujian daripada ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah karena telah banyak berjasa dalam menelanjangkan pemikiran Muktazilah dalam dunia tafsir dan begitu juga dengan pemikiran Al-Karamiyah dalam masalah akidah. Cukuplah sebagai saksi dalam hal ini pernyataan syekh Ibn Asyur dalam bukunya At-Tafsir wa Rijaluh, “Imam Fakhruddin Ar-Razi hidup berpindah-pindah tempat di kebanyakan negeri ajam dari Ray, Iran (الرَّيّ) ke Khurrasan (خراسان), Khiva (خيوة), Bukhara (بخاري) dan kebanyakan negeri-negeri yang berada dalam kawasan Transoxiana (negeri-negeri yang meliputi Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Selain itu, Ar-Razi juga masuk ke negeri-negeri Arab seperti Iraq dan Syam. Bukan hanya itu, kita pun juga telah banyak mengambil manfaat dari tafsirnya meskipun perkara ini jarang disebut oleh ulama-ulama yang menulis biografinya.”

Siapakah Ar-Razi itu?

Beliau adalah Abu Abdillah, Muhammad bin Umar bin Al-Hasan bin Al-Husain bin Ali Al-Razi yang dilahirkan di Thabaristan, wilayah kuno bersejarah di Iran Beliau wafat pada tahun 606 H di Herat (هراة). Multi talenta keilmuan yang dimilikinya menjadi sebab banyaknya gelaran keilmuan yang diraihnya seperti Fakhruddin Ar-Razi, Sultan Al-Mutakallimin, Syekh Al-Ma’qul wa Al-Manqul. Kemudian, sekiranya anda mendapatkan perkataan Al-Imam (الإمام) disebutkan begitu saja dalam kitab-kitab usul fiqih dan ilmu kalam, maka Al-Imam yang dimaksudkan itu adalah Ar-Razi.

Sebenarnya, multi talenta keilmuan yang dimiliki Ar-Razi tidak terlepas dari pengaruh lingkungan ketika itu. Ar-Razi hidup di tengah arus polemik akademik dalam ilmu kalam yang sangat kuat yang diketengahkan oleh kumpulan Syiah, Muktazilah, Murjiah dan Al-Karamiyah. Di samping itu, filsafat-filsafat Yunani dan al-Ulum as-Syarqiyah juga yang banyak ditekuni oleh orang-orang yang hidup ketika itu juga turut mengambil perhatian Ar-Razi. Ini semua yang menjadikan Ar-Razi memiliki multi talenta keilmuan yang akhirnya ikut mewarnai tafsirnya.

Menurut penulis, Pernyataan bahawa semuanya ada dalam tafsir Ar-Razi, kecuali tafsir merupakan pernyataan orang-orang yang tidak mengenali dengan baik Tafsir Ar-Razi. Oleh itu, Abu Hayyan Al-Andalusi (w. 745 H) dalam tafsirnya menyatakan bahawa pernyataan seperti ini datang daripada orang-orang radikal (المتطرفون) yang membenci Ar-Razi. Kesimpulan penulis, semua ada dalam tafsir Ar-Razi, termasuk tafsir.

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). E-mail: [email protected] dan  [email protected]

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru