28.2 C
Jakarta

Tafsir Sayyid Qutb, Tafsir Haraki dari Bumi Mesir

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirTafsir Sayyid Qutb, Tafsir Haraki dari Bumi Mesir
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Tafsir ini lahir di balik jeruji besi, sama dengan tafsir Hamka dan Rasail Nur. Semua tafsir ini membumi dan mempunyai tempat tersendiri di hati umat Islam.  Saya tidak akan menyentuh dalam penulisan ini aspek politik Ikhawanul Muslimin (إخوان المسلمين) yang melibatkan Sayyid Qutb karena perkara ini memerlukan ruang khusus dan ulasan tersendiri. Saya hanya menyentuh ketokohan Sayyid Qutb sebagai seorang mufassir yang tersohor. Peminat tafsir mengenali tafsir ini dengan nama penulisnya, Sayyid Qutb karena ketokohan beliau sebagai tokoh tafsir pergerakan yang memegang kuat keyakinannya hingga mati dalam keadaan syahid. Nama asal tafsir ini adalah Fi Zilal al-Quran (في ظلال القرآن).

Nama tafsir tersebut tidak datang begitu saja tanpa sebab. Ia sangat bermakna bagi Sayyid Qutb. Berdasarkan makna literal, Fi Zilal al-Quran (في ظلال القرآن) bermaksud di bawah bayangan atau naungan al-Quran. Ya, penjara adalah tempat yang sempit untuk seorang tokoh pergerakan seperti Sayyid Qutb. Walaupun demikian, penjara itu terasa luas bagi Sayyid Qutb, bahkan ia merasa seperti di syurga dan bukannya neraka seperti yang dibayangkan oleh banyak orang. Sayyid Qutb yang asyik dengan keindahan makna-makna al-Quran yang mengalir tanpa henti menyejukkan hati dan perasaan beliau sehingga bilik penjara  yang sempit sudah tidak lagi dihiraukan. Beliau terpenjara secara fizik, tetapi akal, hati, jiwa, ruh dan perasaan beliau menikmati kebebasan di bawah naungan dan lindungan al-Quran. Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan alam semesta telah membawa jiwa dan perasaan beliau pergi jauh seolah-olah seperti musafir yang asyik menikmati keindahan laut biru yang terhampar dan langit yang jernih tanpa awan. Semua perkara itu berlaku di dalam jeruji penjara. Hati Sayyid Qutb telah menjadi wadah besar sama besarnya dengan khazanah makna-makna ketuhanan dan kehidupan yang indah yang telah dikurniakan kepadanya melalui tafsir al-Quran. Ringkasnya, Sayyid Qutb telah membuktikan bahwa mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Walaupun beliau telah dihukum mati oleh Jamal Abdul Nasser yang sangat bimbang tentang pengaruh beliau yang mengkritik pemerintah yang banyak melakukan korupsi, tetapi karya-karya sastra beliau, termasuklah tafsirnya ini telah membumi di antero alam dan menjadi bahan bacaan dan rujukan oleh masyarakat umum dan dunia akademik secara khusus.

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Tafsir Sayyid Qutb bergenre tafsir haraki (tafsir pergerakan). Corak tafsir seperti ini tidak banyak bermain dengan tata bahasa al-Quran.  Ia langsung memberikan makna umum dan penjelasan tentang kandungan ayat yang ditafsirkan. Melalui pendekatan ini, pembaca dapat menemukan banyak solusi terhadap masalah kehidupan dalam pelbagai aspek, seperti dakwah, pendidikan, politik dan kehidupan sosial kemasyarakatan. Tafsir seperti ini sentiasa hidup karena ia merupakan jawaban terhadap pelbagai masalah kehidupan yang semakin kompleks seiring dengan era globalisasi yang membawa banyak perubahan pola pikir dan hidup sebagian orang. Saya melihat tafsir ini sangat sesuai untuk seorang dai yang menekuni dunia dakwah. Ia dapat menemukan banyak resep kehidupan dalam tafsir ini. Selain itu, ia sangat sesuai menjadi bacaan umum untuk masyarakat karena gaya persembahannya yang tidak rumit dan mudah difahami. Kemudian, masyarakat dapat merasakan bahwa tafsir ini seolah-olah ditulis untuk memberikan solusi terbaik terhadap permasalahan hidup yang mereka sedang hadapi.

Siapakah Sayyid Qutb ini?

Beliau adalah seorang intelektual Mesir yang aktif dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Beliau adalah tokoh terkemuka Ikhwanul Muslimin  setelah Hasan al-Banna. Selain tafsir al-Quran, beliau juga banyak menulis karya sastra tentang tauhid dan perjuangan hidup. Beliau lahir pada bulan Oktober 1906 M dan meninggal di Mesir pada bulan Agustus 1966 M.

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). E-mail: [email protected] dan  [email protected]

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru