30.8 C
Jakarta

Tafsir Tabari, Tafsir Bersanad yang Kuat Bertarjih dengan Takwil

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsir Tabari, Tafsir Bersanad yang Kuat Bertarjih dengan Takwil
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

“Tafsir apa yang pernah kalian baca? Tafsir apa yang pernah kalian dengar atau lihat?” Pertanyaanku kepada pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengambil mata kuliah wajib universiti ‘Ulum al-Quran’. Terdengar suara sumbang di saf belakang, “Tafsir Tabari Dr”, jawabnya. “Saya belum pernah membacanya, tetapi entah di mana saya mendengar tentang tafsir ini,” sambungnya. Kemudian, pelajar itu kembali berkata, “Dr, tolong jelaskan metodologi penulisan tafsir ini dan kelebihannya?” Jawabku, “Ok, baiklah, saya akan menjelaskan kepada kalian kelebihan tafsir ini dan metodologi penulisannya.”

Kelebihan tafsir ini sangat banyak. Pada pandangan saya, yang paling menonjol adalah corak tafsir bersanad yang dipersembahkan dalam tafsir ini. Setiap riwayat tafsir mempunyai jalur sanad yang jelas. Contohnya, jika riwayat tafsir itu adalah tafsir Ibnu Abbas, maka Syekh al-Mufassirin al-Tabari akan menyebutkan jalur sanad riwayat tafsir tersebut daripada murid Ibnu Abbas sampai di tangan Ibnu Jarir al-Tabari. Oleh itu, tafsir ini menjadi rujukan utama Tafsir Ibn Kathir (w. 774 H).

Selain itu, al-Tabari terlebih dahulu menjelaskan kandungan umum setiap ayat atau kumpulan ayat yang ingin ditafsirkan sebelum menyebut riwayat-riwayat tafsir yang berkaitan. Setelah semua pandangan ulama disebutkan satu persatu, al-Tabari akan mengemukakan pandangannya sendiri. Oleh itu, sering kali al-Tabari mengatakan, “Pandangan yang paling baik dan sesuai dengan kehendak ayat dalam masalah ini adalah… (وَأَوْلَى الأَقْوَال عِنْدِيْ بِالصَّوَابِ فِي ذَلِكَ القَوْلُ…))”. Seperti inilah gaya penulisan al-Tabari di keseluruhan tafsirnya. Ringkasnya, Tafsir al-Tabari merupakan perpaduan antara kekuatan ilmu naqli dan aqli yang saling bersinergi. Kekuatan takwil (aqli) yang dimiliki al-Tabari sama kuat dengan pengusaannya terhadap ilmu riwayat hadis (naqli). Keistimewaan dan kelebihan tafsir al-Tabari ini tercium akhirnya oleh ulama tafsir di Nusantara seperti Syekh Muhammad Sa’id bin Umar (w. 1350 H/1932 M) dalam tafsirnya Nur al-Ihsan. Menurut Mohd Sholeh Sheh Yusuff (2017), terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi sari pati teks tafsir Nur al-Ihsan, yaitu Tafsir Jalalain, al-Futuhat al-Ilahiyah karya Syekh al-Jamal, Tafsir al-Baidawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir al-Tha’labi.

Tafsir di alam Melayu berikutnya yang terpengaruh dengan Tafsir Tabari adalah Tafsir Pedoman Muttaqin oleh Abdul Hayei bin Abdul Sukor. Menurut Sulaiman (2012), tafsir ini mengambil penulisannya daripada Tafsir Tabari, Tafsir Sayyid Qutub (w. 1966 M), Tafsir al-Munir karya Wahbah al-Zuhaili dan Tafsir Syekh Mutawalli al-Sha’rawi (w. 1998 M) dan ulama lain. Seperti inilah keistimewaan Tafsir Tabari dalam pandangan penulis.

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Oleh itu, Tafsir Tabari direkomendasikan oleh banyak ulama besar seperti Jalaluddin al-Suyuti sendiri dalam perkataannya, “Jika anda bertanya, “kitab tafsir mana yang dapat dijadikan sebagai rujukan?” Maka aku jawab, “Tafsir Ibnu Jarir al-Tabari, di mana para Imam yang amat kompeten bersepakat bahawa belum ada kitab tafsir yang menyerupainya.”

Ibnu Taimiyah berkata, “Adapun kitab-kitab tafsir yang beredar di tangan orang yang paling benar adalah karya Ibnu Jarir al-Tabari. Dia menyebutkan perkatan para salaf dengan sanad yang kuat, tidak mengandungi bid’ah dan tidak meriwayatkan hadis dari orang-orang yang diragukan seperti Mukatil bin Sulaiman dan al-Kalbi.”

 

Adapun metodologi Ibnu Jarir al-Tabari dalam tafsirnya secara umum digambarkan seperti berikut:

Berdasarkan gambar di atas, Ibnu Jarir al-Tabari mengedepankan pertama sekali tafsir bil am’thur dengan riwayat tafsir yang bersanad daripada baginda Nabi SAW, sahabat dan tabiin. Di samping itu, beliau juga menguatkan tafsirnya dengan pelbagai disiplin ilmu bahasa seperti ilmu nahwu (sintaksis) dan syair. Di antara kitab-kitab bahasa yang menjadi rujukan beliau adalah kitab Ma’ani al-Quran (معاني القرآن) oleh Ali bin Hamzah al-Kassai, dan kitab dengan judul yang sama oleh Yahya bin Ziyad al-Farra’, kitab Muthallathat (مثلثات) oleh Qutrub dan banyak lagi yang lain. Beliau juga banyak menukil daripada kitab Majaz al-Quran (مجاز القرآن) karya Abu Ubaidah. Metode berikutya Tafsir Tabari adalah mentarjih qiraat berdasarkan kekuatan bahasa Arab yang dimilikinya, berijtihad dalam beberapa masalah fiqhi dengan dalil yang kuat, mengukuhkan mazhab salaf dan mengomentari riwayat-riwayat Israiliyat yang bertentangan dengan kandungan syariat. Seperti inilah metodologi penulisan Tafsir Tabari secara ringkas.

 

Siapakah Ibn Jarir al-Tabari ini?

Nama asal Tafsir Tabari adalah Jamiul Bayan an Ta’wil Ayi al-Quran (جامع البيان عن تأويل آي القرآن) yang ditulis oleh Abu Ja’far al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib. Beliau adalah seorang alim yang mempunyai multi talenta keilmuan d dalam banyak bidang. Oleh itu, beliau mempunyai banyak karya penulisan yang sangat bagus. Beliau lahir pada tahun 224 H atau pada awal tahun 225 H dan meninggal pada tahun 310 H.

 

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

E-mail: [email protected] dan  [email protected]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru