Keistimewaan Tafsir Abu Suud dari Bumi Turki Uthmani

Harakatuna

03/11/2019

5
Min Read

Tafsir Abu Suud lebih terkenal dengan nama seperti ini, nama penulisnya sendiri, yaitu Abu Suud Al-Imadi berbanding nama asli kitab ini yang cukup panjang Irsyad Al-Aqli Al-Salim Ila Mazaya Al-Kitab Al-Karim (إرشاد العقل السليم إلى مزايا الكتاب الكريم). Tafsir ini lahir di bumi Turki Uthmani pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni (w. 1566 M).

Penulis sangat akrab degan tafsir ini karena disertasi Ph.D penulis merupakan kajian terhadap Pola Binaan Struktur Al-Quran dan Pengaruhnya dalam Tafsir Abu Suud Al-Imadi Dari Surah Al-Maidah hingga Akhir Surah Al-An’am (أثر نظم القرآن في تفسير أبي السعود العمادي من أول سورة المائدة إلى آخر سورة الأنعام) di Fakultas Ushuluddin, Jurusan Tafsir dan Studi Ilmu-Ilmu Al-Quran di Universitas Al-Azhar.

Sebagai seorang mufti kerajaan Uthmaniyah ketika itu, Abu Suud Al-Imadi sangat dekat dengan Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Bahkan, Sultan Sulaiman Al-Qanuni menulis wasiat supaya beliau dikubur bersama dengan fatwa Abu Suud Al-Imadi. Sekiranya beliau telah meninggal sebagai sindiran halus kepada orang-orang yang mengecam beliau. Karena telah melakukan banyak perubahan undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat Islam yang multi etnik ketika itu.

Sang Sultan tidak berani melakukan semua ini kecuali telah mengambil pandangan ulama, khususnya Syekh Abu Suud Al-Imadi. Tafsir Abu Suud booming pada masa itu dan diterima secara luas oleh ulama ketika itu dan menjadi tafsir yang tersohor. Hal ini karena keistimewaan Tafsir Abu Suud dan posisi beliau sebagai mufti kerajaan. Hanya saja, penulis belum pernah mendengar tafsir ini menjadi bahan rujukan oleh para pentafsir di alam Melayu dalam penulisan tafsir mereka

Padahal, pertalian saudara antara kerajaan Uthmaniyah dan kerajaan Melayu di Nusantara sudah lama terjalin. Menurut Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail dalam bukunya ‘Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Turki’ (2015:33), Kerajaan Turki Uthmani telah terlibat dalam hubungan diplomatik dan ketenteraan dengan kerajaan di Alam Melayu, seperti Kerajaan  Melaka dan Kerajaan Aceh.

Sebagai bukti, Sultan Sulaiman Al-Qanuni pernah mengirim bantuan ketenteraan kepada Aceh untuk melawan Portugis. Kapal Aceh memasang bendera Kerajaan Uthmaniyah dalam misi ketenteraannya yang menunjukkan jalinan kerjasama antara kedua-dua kerajaan tersebut yang diikat oleh kesatuan umat yang satu.Menurut Penulis,

Genre Tafsir Balaghi

Menurut Penulis, Tafsir Abu Suud bergenre tafsir balaghi yang menekankan keindahan makna-makna Al-Quran tidak terlalu sesuai dengan keperluan masyarakat alam Melayu yang lebih menyukai tafsir Al-Quran yang sederhana, mudah difahami, tidak terlalu banyak bermain dengan kaedah-kaedah ilmu balaghah dan tafsir yang memberikan solusi terhadap permasalahan hidup masyarakat Melayu yang kompleks. Oleh itu, tafsir Abu Suud tidak terlalu familiar dengan cita rasa tafsir orang-orang Melayu. Bahkan, di lingkungan akademik Tafsir Abu Suud pun jarang didengar berbanding tafsir yang sekelas dengannya seperti Tafsir Az-Zamakhsyari (w. 538 H).

Membaca tafsir ini seperti sudah membaca tafsir Az-Zamakhsyari dan Tafsir Al-Baidawi (w. 685 H). Hal ini karena Syekh Abu Suud banyak menghabiskan masanya dalam membaca kedua-dua tafsir ini sebelum memulai penulisan tafsirnya. Ringkasnya, Syekh Abu Suud telah masak dengan paham Muktazilah Az-Zamakhsyari dan seperti apa sikap Al-Baidawi terhadap paham ini. Walaupun Syekh Abu Suud Afandi sangat takjub tentang usaha Al-Baidawi dalam menelanjangkan paham muktazilah Al-Zamakhsyari, tetapi Syekh Abu Suud terkadang juga mengomentari Al-Baidawi dalam tafsirnya sekiranya tafsir itu dilihat tidak sesuai dengan makna kontekstual ayat.

Sudah lumrah sekiranya Tafsir Az-Zamakhsyari dan Tafsir Al-Baidawi menjadi rujukan utama Syekh Abu Suud dalam tafsirnya karena kecenderungan beliau terhadap tafsir yang bergenre balaghah (estetika Al-Quran). Hal ini karena Syekh Abu Suud telah menguasai kitab-kitab turath dalam ilmu balaghah seperti Miftahul Ulum (مفتاح العلوم) karya As-Sakkaki (w. 626 H) dan syarahannya Al-Misbah fi Syarh Al-Miftah (المصباح في شرح المفتاح) karya As-Syarif Al-Jurjani (w. 816 H).

Bagaimana Keutamaan Abu Suud?

Sungguh banyak keistimewaan tafsir Abu Suud, namun penulis hanya ingin menyoroti satu aspek saja, yaitu aspek Pola Binaan Struktur Al-Quran yang dikenal dalam ilmu balaghah sebagai Nazm Al-Quran (نظم القرآن). Sebenarnya, teori An-Nazm (النظم) sudah lama menjadi bahan perbincangan para ahli balaghah sejak era Al-Jahiz (w. 231 H) lagi, hanya saja teori ini baru masak di tangan Syekh Abdul Qahir Al-Jurjani (w. 471 H) dalam kitabnya Dalail I’jaz (دلائل الإعجاز).

Berdasarkan teori ini, Syekh Abu Suud berpandangan bahwa Al-Quran mempunyai pola binaan struktur kandungan yang sangat sistematik, lain daripada yang lain. Huruf-hurufnya mempunyai pola binaan tersendiri, begitu juga dengan kalimat, jumlah dan tema-tema Al-Quran. Menurut beliau, seorang pentafsir sepatutnya mengabil berat perkara ini ketika mentafsirkan Al-Quran. Oleh itu, Tafsir Abu Suud ditulis berdasarkan teori ini. Beliau mentafsir dan mengomentari pandangan ahli tafsir lain  berdasarkan teori ini juga. Kerap kali dijumpai dalam Tafsir Abu Suud perkataan seperti ini. “Seperti inilah makna yang sesuai dengan kehendak pola binaan Nazm Al-Quran.” Sekiranya Syekh Abu Suud mengomentari pandangan tafsir ahli tafsir lain, maka beliau terkadang mengatakan, “Tafsir seperti ini merusak keindahan dan keagungan Nazm Al-Quran.”.

Syekh Abu Suud sangat peka terhadap keindahan dan keagungan makna-makna Al-Quran. Oleh itu, bukan hanya Az-Zamakhsyari dan Al-Baidawi yang dikomentari. Tetapi, beliau juga terkadang mengomentari pandangan tafsir syekh At-Tabari (w. 310 H), Abu Hayyan Al-Andalusi (w. 745 H), Abu Al-Baqa’ Al-Ukbari (w. 616 H) dan Ar-Razi (w. 606 H). Walaupun demikian, Abu Suud sangat sopan dalam memberikan komentar. Beliau tidak menyebut nama ahli tafsir yang dikomentarinya.

Pada pandangan penulis, Tafsir Abu Suud sangat baik dijadikan sebagai rujukan atau bahan dalam penulisan tafsir atau kajian yang berkaitan tafsir. Khususnya berkaitan ketepatan makna berdasarkan konteks ayat secara keseluruhan. Melalui Tafsir Abu Suud, kita dapat merasakan ketinggian, keindahan dan keagungan makna-makna Al-Quran. Melaui Tafsir ini juga, kita dapat benar-benar merasakan keistimewaan pola binaan struktur Al-Quran dalam menghadirkan untaian makna. Di sinilah letak kemukjizatan Al-Quran dari sudut ilmu estetika yang tidak dapat ditandingi oleh siapa pun, sekalipun ia adalah seorang ahli sastra yang hebat.

Siapakah Abu Suud Afandi ini?

Beliau adalah Abu Suud, Muhammad bin Muhammad bin Mustafa Al-Imadi, bermazhab Hanafi, mufti Kerajaan Turki Uthmani (مفتي الديار الرومية) yang bergelar Syekh Al-Islam (شيخ الإسلام). Walaupun demikian, ia terkadang merajihkan pandangan mazhab lain dalam bab-bab fiqhi karena pandangan tersebut dilihatnya lebih sesuai dengan kehendak Nazm Al-Quran. Beliau lahir pada tahun 898 H dan wafat di Istanbul tahun 982 H.

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Related Post