29.7 C
Jakarta

Tafsir Ibn Atiyyah Kebanggaan Muslim Andalusia

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirTafsir Ibn Atiyyah Kebanggaan Muslim Andalusia
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Saya mulai mengenal tafsir ini ketika menulis tesis dan disertasi di Universitas Al-Azhar. Saya selalunya menjadikan tafsir ini sebagai rujukan untuk mengetahui status dan kedudukan hadis yang mencurigakan dan riwayat israiliyat. Kedekatan dengan tafsir ini semakin bertambah ketika menulis buku ‘114 Formula Quranik dalam Membina Insan yang berkualiti’ yang diterbitkan oleh USIM Press pada tahun 2019. Hal ini kerana Tafsir Ibn Atiyyah menyiapkan profil setiap surah dengan singkat sebelum memulai penafsiran.

Keistimewaan ulama Andalusia adalah penguasaan mereka terhadap ilmu nahwu dan disiplin ilmu lain dalam kajian bahasa Arab serta qiraat. Ibn Atiyyah sebagai tokoh tafsir di Andalusia pun seperti itu. Oleh itu, tafsirnya memuat banyak kajian bahasa al-Quran dari sudut ilmu nahwu dan qiraat.

Berdasarkan nama asalnya, al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-Aziz (المحرر الوجيز في تفسير الكتاب العزيز), Ibn Atiyyah berniat melahirkan tafsir yang sederhana tetapi sarat dengan pembahasan yang komprehensif tanpa mengabaikan prinsip asas tafsir (Ibn Atiyyah, 1422 H: 1/34). Ini terbukti melalui kajian tafsir beliau yang komprehensif terhadap suatu masalah. Oleh itu, tafsir ini pun menjadi rujukan al-Qurtubi dalam menghasilkan Tafsir ensiklopedinya yang memuat hukum Islam.

Tidak heran jika Tafsir Ibn Atiyyah mendapat banyak pujian dari ulama muktabar. Ibn Taimiyah dalam kitab fatwanya berkata (1329 H: 2/194), “Tafsir Ibn Atiyyah lebih baik daripada tafsir al-Zamakhsyari dan lebih selamat nukilan dan kajiannya, serta lebih selamat daripada bid’ah, walaupun ia juga memuat sebagian bid’ah. Ringkasnya, Tafsir Ibn Atiyyah lebih baik berbanding Tafsir al-Zamakhsyari.”

Abu Hayyan al-Andalusi juga turut membandingkan keistimewaan Tafsir Ibn Atiyyah dan Tafsir al-Zamakhsyari (1420 H:1/21), “Tafsir Ibn Atiyyah lebih banyak menukil dan lebih komprehensif serta lebih selamat. Sementara itu, Tafsir al-Zamakhsyari lebih ringkas dan lebih mendalam.”

Singkatnya, Ibn Atiyyah di mata Abu Hayyan al-Andalusi adalah seorang ulama tafsir yang hebat. Beliau berkata memujinya (1420 H: 1/20), “Ibn Atiyyah termasuk ulama yang disegani dalam penulisan tafsir dan ia juga termasuk ulama terbaik dalam menjelaskan suatu masalah secara komprehensif.”

Berikut ini keistimewaan Tafsir Ibn Atiyyah yang melayakkan dirinya mendapat banyak pujian:

  • Ibn Atiyyah sangat teliti dalam menerima pandangan tafsir. Beliau hanya menerima tafsir yang dikuatkan oleh riwayat yang sahih dan dapat diterima oleh syariat dan akal sehat. Sebagai contoh, terdapat banyak pandangan tafsir tentang siapa yang dimaksudkan dalam firman Allah SWT (غير المغضوب عليهم ولا الضالين). Namun, Ibn Atiyyah dalam tafsirnya hanya menyebutkan riwayat tafsir Ibn Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, Mujahid al-Suddiy dan Ibn Zaid yang menyatakan bahawa (المغضوب عليهم) adalah orang Yahudi dan (الضالون) adalah orang Nasrani (Ibn Atiyyah, 1422 H: 1/76).
  • Tafsir Ibn Atiyyah termasuk tafsir yang mensinerjikan naqli (riwayat tafsir bil ma’thur) dan aqli (buah pikiran yang sehat). Ibn Atiyyah banyak mengambil bahan penulisan tafsir, khususnya berkaitan aspek naqli dari Tafsir Ibn Jarir al-Tabari. Walaupun demikian, beliau terkadang berdiskusi dan mengomentari pandangan tafsir Syekhul Mufassirin, al-Tabari. Perbedaannya, Ibn Atiyyah memuat riwayat tafsir dari baginda Nabi SAW, sahabat dan tabiin tanpa menyebut jalur sanad.
  • Ibn Atiyyah dalam mukadimah tafsirnya menulis pelbagai perkara tafsir yang wajib diketahui oleh siapa saja yang ingin menafasirkan al-Quran. Beliau seolah-olah membuka pintu dan ruang yang sama bagi orang lain untuk ikut berkecimpung dalam dunia tafsir dan melahirkan juga penulisan kitab tafsir.
  • Ibn Atiyyah dalam mukadimah tafsirnya telah menyebut metode tafsir yang mendasari gerak kerjanya dalam menafsirkan al-Quran. Sebagai contoh, beliau menyebutkan bahawa setiap perkataan yang dikutip dalam tafsir tersebut akan dikembalikan kepada pemiliknya. Kemudian, beliau memilih pandangan tafsir yang terkait rapat dengan ayat yang ditafsirkan dan mengetepikan pandangan lain yang nampak jauh dari maksud ayat. Inilah keistimewaan Ibn Atiyyah yang tetap menjaga prinsip asas tafsirnya sebagai tafsir yang sederhana tetapi dengan pembahasan yang komprehensif dan sempurna (ibid.,: 1/34).
  • Ibn Atiyyah tidak menyebutkan riwayat israiliyat kecuali maksud ayat tersebut sukar dijelaskan tanpa melibatkan riwayat israiliyat (ibid.).
  • Ibn Atiyyah, sebagai ulama Andalusia yang sangat mementingkan aspek bahasa dan ilmu nahwu, turut menekankan aspek ini dalam penulisan tafsirnya. Walaupun demikian, ia kurang menyentuh aspek balaghah al-Quran (Abdul Wahab Fayed, 1973: 129).
  • Ibn Atiyyah sangat alergi dengan tafsir isyari (التفسير الإشاري) yang menyukarkan pemahaman orang awam (ibid.).
  • Ibn Atiyyah yang bermazhab maliki, mazhab yang banyak diikuti oleh Muslim Andalusia, kurang bersetuju dengan pandangan mazhab zahiri yang turut mewarnai corak fiqhi di Andalusia. Oleh itu, beliau menolak mazhab zahiri yang mencoba melawan arus mazhab maliki yang merupakan mazhab fiqhi oleh kebanyakan Muslim di sana (ibid. 174-175).
BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Demikianlah sedikit banyaknya keistimewaan Tafsir Ibn Atiyyah.

Siapakah Ibn Atiyyah ini?

Beliau adalah Abdul Haq bin Ghalib bin Abdurrahman bin Atiyyah al-Muharibi al-Gharnati al-Andalusi, seorang mufassir dan ahli fiqhi di Andalusia pada abad ke-6 H yang lahir pada tahun 481 H/1088 M dan meninggal dunia pada tahun 542 H/1148 M (al-Zarkali, 2002: 3/282).

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

E-mail: [email protected]

[email protected]

Orcid ID: https://orcid.org/0000-0003-1489-2129

 

 

 

 

 

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru