26.6 C
Jakarta

Keistimewaan Tafsir al-Shawkāni dalam Jejak Ilmu Tafsir

Artikel Trending

Tafsir ini lahir di tengah lingkungan akademik yang jumud di mana taklid merupakan ciri utama kehidupan umat Islam di Yaman ketika itu. Selain itu, tafsir ini juga lahir di tengah mazhab Syiah Zaidiyah yang berkembang ketika itu. Walaupun demikian, Imam al- al-Syawkāni dengan perlindungan Allah SWT terpelihara daripada akidah Syiah Zaidiyah dan tetap mengikut akidah Ahlu Sunnah Waljamaah.

Kemudian, Imam al-Syawkāni dalam banyak tulisannya mengajak umat untuk berijtihad sebagai reaksi positif dalam melepaskan diri dari jerat taklid yang menggerogoti dunia akademik ketika itu. Walaupun Muḥammad bin Yaḥya bin Bahrān telah mendahului al-Syawkāni dalam menulis tafsir dengan genre yang sama, yaitu tafsir yang mengintegrasikan riwayat dan pemahaman tafsir (riwāyah dan dirāyah), tetapi tafsir al-Syawkāni lebih menyeluruh dan persembahannya lebih baik dan tersusun. Nama asal tafsir al-Shawkāni adalah Fat al-Qadīr al-Jāmiʽ Bayna Fannay al-Riwāyah wa al-Dirāyah min ʽIlmi al-Tafsīr (فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراية من علم التفسير) (Abu al-Ṭayyib al-Qinnawji, 2002: 684).

Prof Dr Muḥammad bin ʻAbd al-Munʻim al-Qayʻi (1996: 143) menilai tafsir al-Shawkāni sebagai tafsir baik dengan kandungan faedah yang banyak dan duduk sejajar dengan tafsir al-Qāsimi, tafsir al-Wāḥidi dan tafsir ain yang muktabar. Menurut al-Dhahabi, (t.th: 2/211-212), tafsir ini termasuk rujukan utama dalam ilmu tafsir karena ia telah berhasil mensinerjikan pemahaman tafsir dengan riwayat tafsir yang saling bersepadu.

Al-Shawkāni dalam mukadimah tafsirnya menyebutkan bahawa penulisan tafsir ini memakan masa kurang lebih 6 tahun bermula pada bulan Rabiul Akhir tahun 1223 H dan tamat pada bulan Rajab pada tahun 1229 H. (al-Shawkāni, 1441 H: 1/12; 5/644).

Berikut ini keistimewaan utama Tafsir al-Shawkāni:

  • Mensinerjikan riwayat tafsir dengan pemahaman tafsir dalam perpaduan yang menyatu.
  • Tafsir ini terbit dengan volume yang sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu ringkas. Keistimewaan ini lahir dari metode al-Shawkāni yang menjauhkan diri daripada pembahasan tafsir yangterlalu berpanjang lebar.
  • Rujukan penulisan tafsir ini datang dari pelbagai sumber tafsir yang muktabar, seperti tafsir Abu Jaʻfar al-Nuḥās, tafsir Ibn ʻAṭiyyah al-Dimashqi, tafsir Ibn ʻAṭiyyah al-Andalusi, tafsir al-Qurṭubi dan al-Dur al-Manthūr karya al-Suyūṭi (al-Shawkāni, 1441 H: 1/12).

Siapakah Imam al-Shawkāni ini?

Muḥammad bin ʻAli bin Muḥammad bin ʻAbdillah al-Shawkāni adalah seorang ahli fiqhi dan ijtihad, ulama besar di Yaman. Beliau dilahirkan di Hijrah Shawkān (هجرة شوكان) di Yaman dan menghabiskan masa kanak-kanaknya di Sana’a. Beliau pernah menjabat sebagai Qadi di Sana’a pada tahun 1229 H sampai akhirnya meninggal di sana. Beliau lahir pada tahun 1173 H/1760 M di Hijrah al-Shawkān dan meninggal pada tahun 1250 H/1834 M (al-Zarkali, 2002: 6/298).

Al-Shawkāni mulai belajar di bawah bimbingan langsung ayahnya, kemudian pendidikannya disempurnakan dengan duduk mengaji di depan banyak syeikh muktabar di Sana’a ketika itu. Ketika Al- Shawkāni merasa sudah saatnya keluar dari Sana’a melanglang buana untuk menuntut ilmu, Syeikh ʻAbd al-Qādir al-Kawkabāni  menasihatinya untuk tidak pergi dan ayahnya pun setuju. Walaupun demikian, al- Shawkāni tidak kecewa, justeru beliau melihat bahawa ini adalah kesempatan emas untuk menimba ilmu yang banyak dari syekhnya tersebut yang dikenali di Yaman ketika itu sebagai ulama yang memiliki ensiklopedi ilmu yang luas lagi disegani. Beliau telah menulis checklist ilmu-ilmu yang diperolehinya dari syekh-syekhnya di Yaman dalam bukunya Itaf al-Akābir bi Isnād al-Dafātir (إتحاف الأكابر بإسناد الدفاتر) (ʻAbd al-Gahni Qāsim Ghālib al-Sharjah, t.th: 271)

BACA JUGA  Tafsir Surah al-Furqan Ayat 47: Keutamaan Tidur Yang Jarang Diungkap

Berikut ini checklist nama-nama syekh bagi Imam al-Shawkāni:

  • Al-Qāḍi Aḥmad bin Muḥammad al-Ḥirāzi adalah gurunya dalam bidang fiqah.
  • Ismāʽīl bin Ḥasan, ʽAbdullah bin Ismāʽīl al-Nahami dan al-Qāsim bin Muḥammad al-Khūlāni adalah gurunya dalam Ilmu nahu dan soraf .
  • Ḥasan bin Muḥammad al-Maghribi dan ʽAli bin Hādi ʽArhab adalah gurunya dalam ilmu bayan dan mantiq.
  • Beliau juga banyak menimba ilmu dalam tempo masa yang cukup lama dari Syeikh ʽAbd al-Qādir bin Aḥmad bin al-Ḥasani al-Kawkabā
  • Al-Ḥāfiẓ, ʽAli bin Ibrāhīm bin ʽĀmir adalah gurunya dalam bidang ilmu hadis. Selain mereka, Imam al-Shawkāni juga banyak mengambil ilmu dari syekh lain. Oleh itu, beliau meiliki talenta keilmuan dalam banyak bidang yang merangkumi ilmu naqli dan ilmu aqli (Abu al-Ṭayyib al-Qinnawji, 2002: 684).
BACA JUGA  Tafsir Surah al-Furqan Ayat 47: Keutamaan Tidur Yang Jarang Diungkap

Berikut ini buah pena al-Shawkāni yang diwariskan kepada umat Islam:

  • Fat al-Qadīr al-Jāmiʽ Bayna Fannay al-Riwāyah wa al-Dirāyah min ʽIlmi al-Tafsīr (فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراية من علم التفسير)
  • Itaf al-Akābir bi Isnād al-Dafātir (إتحاف الأكابر بإسناد الدفاتر)
  • Naylu al-Awṭār min Asrār Muntaqa al-Akhbār (نيل الأوطار من أسرار منتقى الأخبار).
  • Al-Badr al-Ṭāliʻ bi Maḥāsin Man Baʻda al-Qarni al-Sābiʻ(البدر الطالع بمحاسن من بعد القرن السابع).
  • Al-Abḥāth al-ʻAriyyah wa fi al-Kalām ʻala adīth ubbi al-Dunyā Ra’su Kulli Khaiyyah (الأبحاث العرضية وفي الكلام على حديث حب الدنيا رأس كل خطية).
  • Al-Fawāid al-Majmūʻah fi al-Aḥādīth al-Mawḍūʻah (الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة).
  • Al-Taʻaqqubāt ʻala al-Mawdūʻāt (التعقبات على الموضوعات).
  • Al-Durar al-Bahiyyah fi al-Masāil al-Fiqhiyyah (الدرر البهية في المسائل الفقهية).
  • Irshād al-Fuḥūl (إرشاد الفحول) dalam ilmu ushul fiqhi.
  • Al-Sayl al-Jarrār (سيل الجرار). Buku ini mengandungi kritikan al-Shawkāni terhadap buku al-Azhār (الأزهار).
  • Irshād al-Thiqāt ila Ittifāq al-Sharāiʻ ʻala al-Tawḥīd wa al-Maʻād wa al-Nubuwwāt (إرشاد الثقات إلى اتفاق الشرائع على التوحيد والمعاد والنبوات).
  • Al-Yahūdi fi Ẓāhir al-Mustanad wa al-Zindīq fi Bāṭin al-Muʻtaqad (اليهودي في ظاهر المستند والزنديق في باطن المعتقد).
  • Tufat al-Dhākirīn (تحفة الذاكرين).
  • Al-Tuaf fi Madhab al-Salaf (التحف في مذهب السلف).
  • Al-Dur al-Naḍīd fi Ikhlāṣ Kalimat al-Tawḥīd (الدر النضيد في إخلاص كلمة التوحيد) (al-Zarkali, 2002: 6/298).

 

Dr. Muhammad Widus Sempo

Senior Lecturer Faculty of Quranic and Sunnah Studies,

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Orcid ID: https://orcid.org/0000-0003-1489-2129

Researchgate Id: https://www.researchgate.net/profile/Muhammad_Widus_Sempo

No Hp: +601139391641

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel Terbaru