31.8 C
Jakarta

 Corak Tafsir Apa yang Sesuai Untuk Alam Nusantara?

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsir Corak Tafsir Apa yang Sesuai Untuk Alam Nusantara?
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Corak tafsir tidak lepas daripada pengaruh lingkungan sekitar dan latar berlakang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh pentafsir itu sendiri. Sudah terlalu banyak tafsir yang dihasilkan di alam Nusantara ini dengan gaya persembahan yang berbeda-beda mengikut corak tafsir masing-masing.

Di Malaysia, terdapat Tafsir Pimpinan Ar-Rahman yang ditulis oleh Syeikh Abdullah Basmeih (w. 1927) dengan gaya persembahan yang mirip dengan Tafsir Jalalayn, sederhana dan sangat terstruktur dalam satu jilid besar. Selain itu, Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Syeikh Abdul Hayei bin Abdul Syukur sebagai kesinambungan kepada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman sebelumnya.

Jika tafsir Pimpinan al-Rahman ditulis untuk memimpin masyarakat Islam memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran. Maka penulisan Tafsir Pedoman Muttaqin bertujuan untuk menjadi pedoman kepada orang-orang yang bertakwa setelah mendapat pimpinan dan bimbingan.

Di Indonesia, Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (w. 1981) yang sangat populer di Tanah Melayu, khususnya Malaysia dan Tafsir Al-Misbah karya Prof. Dr.Quraish Sihab merupakan karya-karya tafsir yang tersohor. Tidak terlupa Syeikh Nawawi Al-Bantani (w. 1897), ulama Nusantara yang bertaraf internasional dengan karya tafsirnya yang berjudul Marah Labid Li Kashf Ma’kna Al-Quran Al-Majid (مراح لبيد لكشف معنى القرآن المجيد).

Tidak terlupakan juga tafsir Mahmud Yunus (w. 1982) yang dilihat sebagai tafsir ijmali yang menafsirkan ayat secara global sahaja dan sekali-kali menjelaskan ayat secara terperinci berdasarkan metode tahlili jika terdapat keperluan. Penulis juga teringat dengan tafsir yang ditulis dalam bahasa Bugis (Tapesere Akorang Mabbasa Ogi) oleh Anregurutta Haji Daud Ismail (w. 2006), pimpinan pondok pesantren Yatsrib, Soppeng, Sulawesi Selatan yang banyak mengambil bahan penulisan daripada Tafsir Al-Maraghi, Tasir Al-Qasimi, Tafsir Ibn Kathir dan tafsir Al-Baydawi.

Wawasan Corak Tafsir Islahi Ijtima’i di Tanah Melayu

Pada pandangan penulis, Masyarakat Melayu Nusantara lebih memilih corak tafsir Islahi Ijtima’i yang banyak menyentuh penyakit-penyakit sosial masyarakat alam Melayu berbanding corak tafsir lain, seperti corak tafsir saintifik yang hanya diterima dan dapat digunakan oleh orang berpendidikan saja (akademisi).

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Corak tafsir  Islahi Ijtima’i ini adalah corak tafsir yang mewarnai tafsir Fi Zilal Al-Quran karya Sayyid Qutb, Tafsir Al-Manar oleh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Rida serta Tafsir Al-Maraghi. Olehnya itu, semua tafsir tersebut yang bergenre Islahi Ijtima’i diterima baik dan meluas oleh masyarakat Melayu. Menurut penulis, kajian bahasa dalam tafsir penting, tetapi untuk masyarakat Melayu kajian bahasa itu hanyalah jalan pintas untuk menyajikan makna Al-Quran yang padat. Jika masyarakat Melayu disibukkan dengan banyak kajian bahasa yang rumit-rumit, maka tafsir itu kurang diminati oleh masyarakat Melayu.

Corak tafsir pada pandangan penulis adalah mengikut kepada keperluan zaman dan latar belakang penulisnya sendiri dan ia tidak boleh dipaksakan sesuai dengan kehendak seseorang atau mana-mana pihak. Walaupun demikian, penulis melihat bahwa corak tafsir yang bersesuaian dengan masyarakat Melayu adalah corak tafsir Ijtima’i Tahlili.

 Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

E-mail: [email protected] dan  [email protected]

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru